Kenapa Bangladesh?
Assalammualaikum & HYE!
So ramai orang tanya aku sekarang belajar dekat mana & sambung apa.
Jawapan: Dentistry di Dhaka Dental College (DDC) Bangladesh. YA! BANGLADESH *bangga
Sebelum baca, try lah usha video ni https://youtu.be/TFAhbaQcTYM Nampak sikit suasana belajar dekat sini macam mana ;)
Di hadapan Dhaka Dental College |
Mula2 segan juga lah nak bagitahu sebab tak pernah lagi orang dengar hantar anak sambung belajar dekat Bangladesh. Actually dah ramai student Malaysia dekat sini & ada juga yang dah grad. Ramai yang datang sini India & Cina, Melayu kurang lagi. Cuba lah korang usha doktor2 india or cina dari mana diorg grad, kebanyakan dari Bangladesh, yang dah berumur lah. Orang2 kita je tak tahu & tak diperkenalkan lagi. Jadi saya, Fatimah Zahrah, student 1st Year di DDC ingin menyeru anda, adik2 lepasan spm & sesiapa sahaja yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini bagi menambahkan lagi bilangan student Malaysia di Bangladesh ini *cewah dah lama tak tulis karangan bm
bersama tulang belakang *rindu |
Kenapa Bangladesh? Dari pandangan aku la kan, sebab MURAH. Ya! nak banding dengan India, Mesir, Indonesia & lain2, sini yang paling murah. Okay tu baru satu. Kos sara hidup dengan sini pon tak tinggi. Barang2 pasar, sayur2, buah2 semua murah. So kalau korang jenis yang dh biasa hidup asrama, yang boleh survive sendiri, tak memilih sangat korang confirm boleh hidup sini.
Sistem pembelajaran dekat sini dia lain dari negara2 lain. Setiap kali habis 1 chapter akan ada satu oral quiz dengan lecturer dalam kumpulan kecil. Mula2 tu rasa takut gagap terencat semua ada. Tapi lama2 kitorang dah biasa. Sistem macam ni bagus sebab instead of belajar je pastu kumpul semua sampai final exam, kitorang lebih faham satu satu chapter melalui quiz. So nanti at the end bila nak final, akan lebih senang faham & ingat & SCORE! Lecture kebanyakan mix, bengali & english. Apa2pon kitorang kena belajar sendiri. Untuk subject Anatomy, untuk sem 1, kitorang belajar pasal Thorax. Organ yang ada dalam thorax semua kitorang belajar guna organ betul. Kitorang kena pegang, kena tahu dekat sini ada apa, belah sana ada apa. Excited kot first2 pegang. Dekat Malaysia takde macam ni. Kebanyakan just tengok, tak pon pegang yang plastik punya ja. Even tulang pon. Haritu kitorang ada oral quiz, kitorang kena selak lapisan bawah2 kulit dekat mayat, mayat betul! Scary baq hang hahaha. Ni kelebihan belajar dekat sini sebab semua benda real.
Macam mana nak apply? okay, aku apply nak masuk sini melalui agent sebab takde biasiswa yang hantar student sambung sini, setahu aku lah. Kalau korang berminat, kita sembang tepi. Boleh aq cerita pasal agent pula. Aku lepasan matrik, KMP GEN16, Lepas tu aq masuk degree kejap dekat UMT, bidang Sains Biology. Bulan Jan 2017 baru aku fly sini sebab pendaftaran semua start hujung bulan Jan macam tu. Datang awal sebab nak urus daftar, rumah & lain2. Macam kawan aku sorang ni, dia umur 19 sekarang (aku 20), dia lepas spm dia masuk foundation kejap pastu tahun depannya fly.
Anda bila lagi? |
So? Berminat tak? Hahaha. Kalau nak tanya apa2 boleh lah komen dekat bawah or follow insta/twitter aku (emmafaza97) Boleh tukar2 nombor kalau betul2 minat.
Kalau korang betul2 serius nak masuk bidang ni,, korang kena ada minat yang tinggi, struggle, mindset kena kuat & hati kental.
Oh lupa, yang nak sambung medic pon boleh sebab agent kitorang ni pon ada hantar dekat Bangladesh.
Okay, sampai sini sahaja.
" Its doesnt matter what or where you study, the most important is what you share with yourself & the world"
💗💗💗💗💗💗💗💗
Boleh ke nanti dapat kerja di Malaysia?
ReplyDeleteInsyaAllah boleh sebab universiti ini diiktiraf JPA :)
ReplyDeleteAssalamualaikum n hi Emma! tumpang iklan dan hebahan ye Emma, sy En Nazrin dri Zara Zakiah Education Sdn Bhd.
ReplyDeleteBuat adik2 pelajar yg berminat sambung pengajian dlm degree dentistry di Bangladesh, boleh call/whatsapp sy di 011-14799976 (En. Nazrin). InsyaAllah, sy akan bantu anda semua. TQ Emma!
Waalaikumsalam en Nazrin. Boleh, tiada masalah. Zara Zakiah Education punya servis sangat terbaikkk!!
ReplyDeleteassalamualaikum, saya skrg pelajar asasi. sblm tu mintak maaf dulu sbb bnyk soalan yg nk ditanya. harap dijawab.
ReplyDeleteDrpd pengiraan saya, ada university di bangladesh kos dia 70k (5 Yr) betul ke tu? tp ada juga sumber kata 160 k. yg tu dh kira living cost ke?
universiti mana yg ramai malaysian? brp ramai dihantar setiap thn?
lps tu klau nk mula mintak nk pegi bangladesh mmg melalui agent je ke? mula bln bila ye?
klau nk banding dgn india n negara lain mmg bangladesh la yg pling murah kan?
mmg x de chance ye nk mintak biasiswa?
nak perg bangladesh ni dgn result apa ya? asasi ke spm?
Waalaikumsalam alia!
ReplyDelete1. 1st year - 7500 usd
2nd year - 5000 usd
3rd year - 5000 usd
4th year - 7500 usd
(Untuk living cost rm500 sebulan dah cukup. Tak termasuk duit rumah sewa)
2. Kalau untuk medicine di Mymensigh Medical College & untuk dentistry di Dhaka Dental College. Setiap tahun lebih kurang 25+ student malaysia akan pergi. Depends universiti mana
3. Setakat ni melalui agent yang paling senang. Sebab mereka akan urus semua benda untuk kita. Kalau nak datang sendiri agak susah. Agent akan hantar student baru setiap awal tahun dalam bulan feb mcm tu. so daftar dengan agent before bulan feb lah. Nak contact agent mana yang trusted boleh pm saya ye 😁
4. Memang bangladesh paling murah berbanding tempat2 lain. Yang ramai pergi india tak silap semua under kerajaan
5. Biasiswa boleh minta sendiri ye. Sebab setakat ni yang ada pon student dapat bantuan dari negeri. Yang ni kena usaha sendiri huhu
6. Result asasi better hehe
Harap saya jawab semua soalan alia ye 😁 kalau kurang jelas lagi boleh tanya hehe
Assalamualaikum dik
ReplyDeleteNama auntie..rafizah..boleh dapatka emel?..sebab ada byk pertanyaan
ReplyDeleteEmel auntie alongrafizah@gmail.com
Assalamualaikum, saya nak tanya. Pointer kena lepas berapa ya untuk layak dapat tawaran?
ReplyDeletewaalaikumsalam. Pointer above 3.00 boleh mohon :D
ReplyDeleteAssalamualaikum kak.. kita nak ig akak boleh?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Boleh 😁 ig: emmafaza_
DeleteThanks for sharing this wonderful post with us. I enjoyed all the information that you provided on how to apply if someone wants to study there. Have a great rest of your day and keep up the wonderful work.
ReplyDeleteDentist Philadelphia
Hai kak nak tanya. Ada apply apa” scholarships? Kalau ada, mcmna ya?
ReplyDeleteHye!! :D akak takde apply scholarships. Tapi boleh mohon bantuan negeri masa daftar pertama kali :D
Delete