FINALLY 👩🏻🎓
Hehe terlebih excited pula nak update blog. Tengok tajuk kalini rasanya boleh agak dah pasal apa kan. Tak tahu nak cakap macam mana, still tak boleh percaya to be honest.
Bila fikir balik masa awal awal sampai dekat Dhaka ni, memang tak sangka boleh survive. Siapa yang study sini je boleh faham susah macam mana nak hidup dekat sini nak belajar dekat sini nak hadap cabaran dekat sini. Nak cerita banyak sangat benda jadi. Aku memang respect dengan kawan kawan & junior yang datang sini. Kita dah lalui macam macam ye huhu
Emosi pula intro kali ni haha back to main point lah 🙃
Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya aku dapat habiskan pengajian aku di Dhaka Dental College! 🥲
Memang mencabar, dengan tetiba covid pastu setahun kelas takde, dah bazir masa. Tipu lah tak down tapi aku terima sebab semua benda jadi ada sebab. Allah dah susun elok elok. Kena bersangka baik.
Nak cakap terima kasih sangat sangat dekat mama abah family, Awin (orang yang paling banyak support aku, sabar dengan aku), batchmates Choden, Yangchen, Akmal, Nithya, Shoby & Jas, junior D55 D56 D57 & semua orang yang aku kenal dalam DDC. Aku tak tahu nak balas macam mana. Terima kasih sebab sudi dengar masalah aku, tolong aku bila sedih stress semua. Aku doakan kita semua dapat habiskan secepat mungkin!
Aku percaya kita semua kuat nak hadap benda benda yang kita je tahu apa jadi dekat DDC. Don’t give up!
Sampai sini jelah mengantuk dah. Barang tak packing lagi, flight lagi berapa hari. Tak ready nak tinggalkan Dhaka actually 😂
Doakan aku semoga dipermudahkan dapat kerja pula lepas ni. Nak masuk dunia baru takut sis haha harap baik baik saja.
Macam biasa, kalau ada soalan nak tanya apa apa boleh contact dekat tw: emmafaza97 atau insta: @emmafaza_ ✌🏻
Sekian sahaja dari saya,
Dr. Fatimah Zahrah
Bachelor of Dental Surgery
(malunya >.<)

Congratulations on your graduation Dr Emma... wish you all the best on your next endeavour 👏
ReplyDeletemacam tahu je siapa ni haha thank you for the wish!! Hope everything will be fine after this :D
Delete